EV akan jadi benda lazim di China dalam tempoh lima tahun

oleh HEZERI SAMSURI|
Kenderaan Elektrik atau EV akan menerima lonjakan jualan di China dalam masa lima tahun ini kerana teknologi pintar seperti sistem parkir autonomi (pandu sendiri) dan jumlah pengecaj pantas yang banyak.

Ini ialah pendapat dua individu yang mengetuai segmen pengilangan di negara tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart driving) akan digunakan secara meluas dan akan menjadi suatu kelengkapan yang lazim seperti era telefon pintar sekarang.

Timbalan Presiden BYD Motors pula, Stella Li, pembangunan dan pelaburan syarikat-syarikat tenaga tradisonal seperti syarikat bahan api semakin giat untuk melabur di dalam pembinaan prasarana stesen-stesen pengecaj.

Gu menambah menjelang 2029, kebanyakan EV akan dilengkapi dengan teknologi pemanduan pintar seperti sistem parkir autonomi di mana kenderaan boleh diparkir sendiri dan juga sistem navigasi yang canggih.

"Semua ini akan mneyebabkan EV mendominasi jualan kenderaan dan pada masa itu, masa untuk mengecaj akan menjadi lebih singkat, sama seperti pam minyak sekarang," ujar Gu.

Tahun lalu, China menjadi pasaran automotif terbesar dunia dan juga pasaran terbesar dunia untuk EV, di mana ia menjual 30.1 juta unit kenderaan dan 35 peratus darinya ialah kenderaan EV dan Plug-In Hybrid (PHEV).

Jualan Xpeng sendiri melihat peningkatan sebanyak 153 peratus dalam suku keempat tahun lepas, menurunkan kadar kerugian syarikat itu sebanyak 40 peratus berbanding tahun lalu.

Li pula percaya kadar populariti EV akan menyebabkan permintaan untuk stesen pengecaj akan meningkat dan membuka peluang kepada banyak syarikat untuk melabur di dalam industri tersebut.

Contohnya, tahun lalu BYD dan Shell telah membuka stesen pengecaj terbesar di dunia. Ia mempunyai 258 pengecaj pantas dan panel solar dipasang di atas bumbung stesen yang terletak berhampiran lapangan terbang Shenzhen.

BYD dan Shell juga akan memasang stesen-stesen pengecaj EV di negara lain seperti di Mexico dan Brazil.

Li percaya China menunjukan contoh yang baik untuk semua negara di dalam dunia ini.

"Polisi negara China yang memberikan sokongan dan subsidi dari peringkat awal adalah satu perkara yang boleh dipelajari oleh semua negara-negara lain," kata Li.

Untuk laporan lanjut, layari laporan penuh di South China Morning Post.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…
Sukan Bermotor
Andi Farid Izdihar dari Indonesia yang mewakili Honda Asia-Dream Racing meraih tempat kedua dengan…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…