India turunkan cukai import EV dengan pelan pelaburan US$500 juta - mahu pikat Tesla

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan India semalam mengumumkan pakej khusus untuk menarik pelaburan dari pengeluar EV seperti Tesla datang ke negara mereka.

Pakej itu membabitkan penurunan cukai import untuk model-model EV dari pengeluar yang mahu membuat pelaburan sekurang-kurangnya US$500 juta serta membina kilang pengeluaran dalam tempoh tiga tahun di India.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat-syarikat yang memenuhi syarat tersebut akan layak untuk mengimport EV yang berharga US$35,000 dan ke atas pada jumlah yang terhad dan pada kadar cukai 15 peratus lebih rendah.

Cukai import EV di India sekarang ini berada di sekitar 70 ke 100 peratus, bergantung kepada nilai mereka.

India juga berkata kadar cukai rendah itu hanya untuk lima tahun dan jumlah maksimum EV yang boleh dibawa masuk ialah 8,000 unit setahun.

Jumlah duti import yang bakal "hilang" itu juga perlulah dihadkan kepada jumlah pelaburan yang dilakukan oleh syarikat itu di India atau US$800,000 juta, mana yang lebih rendah.

Polisi EV terbaharu India ini dikatakan sebagai memujuk Tesla untuk hadir ke pasaran India selepas Elon Musk menawarkan pembinaan EV kos rendah di bawah nilai US$24,000 dengan syarat ia mendapat cukai import yang lebih rendah.

India mempunyai pasaran M40 yang besar yang menjadi sasaran Musk, cuma syarikat-syarikat tempatan seperti Tata Motors dan Mahindra Mahindra telah melobi kerajaan India untuk melindungi syarikat tempatan dan pelabur-pelaburnya.

*Sumber dari South China Morning Post dan Bloomberg

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…