Lelaki itu terperasan sebuah hantaran di dalam Facebook yang memaparkan sebuah Mazda RX-7 yang diparkir di tingkat bawah Golden Nugget Casino bersama sebuah Ferrari 360 dan BMW 7 Series apabila paras air mula meningkat.
Setelah mengetahui lokasi sebenar kejadian tersebut, Owen dan seorang rakannya bergegas ke Home Depot untuk membeli beberapa unit blok batu bata yang diperlukan dan terus ke tempat kejadian walaupun terpaksa meredah beberapa kawasan yang dinaiki air menggunakan Ford Bronco.
Dengan bantuan alat floor jack, Owen berjaya menyelamatkan Mazda RX-7 tersebut dengan meninggikan kedudukannya menggunakan batu-bata itu tadi.
Malah, Owen juga turut membantu pemilik Ferrari 360 itu tadi untuk memindahkan kereta sports itu tadi ke atas sebuah trailer.
Apa yang menyedihkan, Owen terpaksa berkorban apabila sistem transmisi Ford Bronco-nya mengalami kerosakan akibat terpaksa meredah laluan yang dinaiki air.
Namun, ia merupakan satu pengalaman yang berharga, apatah lagi Owen mengakui bahawa Mazda RX-7 merupakan salah satu kereta impiannya.
Menurut laporan daripada Jalopnik, pemilik Mazda RX-7 itu terpaksa memarkir keretanya di kawasan tersebut oleh kerana jentera itu mengalami masalah perlindungan terhadap cuaca (hujan) yang kurang baik.
Sumber: Jalopnik