Tidak seperti operasi mereka di Thailand di mana hanya pemasangan sahaja dilakukan, Harley berminat untuk mencari rakan teknikal di India bagi menghasilkan produk baharu bagi genre "entry level".
Laporan media dari India mendakwa jenama Amerika Syarikat itu sedang berbincang dengan gergasi-gergasi automotif di sana, termasuk Mahindra, Hero dan Bajaj.
Harley bagaimanapun masih meneruskan pelan untuk menghasilkan model baharu 338R di China (gamabr di bawah), khusus untuk pasaran negara tersebut.
Buat masa sekarang, nasib kilang Harley di India masih belum ditentukan.
Apa cadangan anda untuk Harley agar ia kekal relevan?