Kedua-dua syarikat itu bakal melancarkan sebuah motosikal dengan jenama Hero yang menggunakan teknologi bateri boleh tukar milik Gogoro dan ia akan dijual di beberapa bandar besar di India.
Pengerusi Hero, Pawan Munjal berkata ia akan mewujudkan infrastruktur tempat pertukaran bateri boleh tukar di seluruh India dan kemudian akan membawanya ke luar negara pula.
Pawan yakin syarikatnya mampu mengubah lanskap motosikal di India dengan projek terbaharu Hero itu.
Gogoro ialah sebuah syarikat skuter dengan teknlogi bateri boleh tukar. Bila bateri kehabisan caj, cuma tunggang skuter Gogoro ke pusat penukaran bateri terdekat dan tukar bateri dalam masa beberapa saat.
Gogoro yang berpengkalan di Taipei mempunyai beberapa pelabur besar. Antaranya ialah Temasek dari Singapura dan Sumitomo Corporation, dari Jepun.
Buat masa sekarang, Gogoro ialah jenama skuter elektrik nombor satu di Taiwan.
Jika Malaysia bijak, ia patut membuat sesuatu untuk pasaran Indonesia yang mempunyai jualan motosikal hampir 6.5 juta unit.
* Laporan lengkap di Reuters