Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh Mitsubishi menerusi siaran media semalam, di mana model kei-car itu akan dipamerkan bersama-sama dengan van elektrik Minicab MiEV.
Ini merupakan kali pertama model kei-car elektrik tersebut dipamerkan di luar Jepun, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia akan turut dijual dan dipasarkan di rantau ini.
Apa yang pasti, Mitsubishi telah mengesahkan model mikrovan komersial Minicab itu akan mula dipasang di kilang Mitsubishi Motors Krama Yudha Indonesia tahun hadapan.
Di Jepun, para peminat EV boleh mendapatkan kei car berkuasa elektrik Mitsubishi eK X EV yang dijual pada harga bermula dari 1,848,000 yen (RM59 ribu).
Ia membawakan konfigurasi motor elektrik tunggal berkuasa 63 hp dan 195 Nm, sementara jarak gerak pula adalah sekitar 180 km untuk sekali cas penuh.
Pek bateri 20 kWh itu turut menyokong pengecasan pantas, di mana bateri boleh dicas sehingga 80 peratus dalam masa 40 minit.
Sementara Minicab-MiEV pula merupakan kei-car komersial yang telah dilancarkan sejak Disember 2011, dengan pek bateri 16 kWh dan jarak gerak sejauh 133 km (data WLTC).
Disebabkan jarak yang dekat, ia lebih sesuai digunakan untuk penghantaran di dalam daerah dan kejiranan, dan menurut kajian Mitsubishi 77 peratus pengguna van komersial ringan tidak memandu melehihi 65 km sehari.
Baca: Mitsubishi eK X EV
Baca: Mitsubishi Minicab-MiEV