
Dalam tempoh lebih sedekad, Mitsubishi menghentikan pengeluaran pada Mac 2021 dan hanya dijual kepada beberapa pelanggan korporat.
Mitsubishi kemudian menyambung pengeluaran dan jualan bermula pada November 2022 susulan permintaan yang semakin berkembang untuk EV sebegini.
Van ini kebanyakannya digunakan di dalam industri penghantaran.
Berkenaan spesifikasi, Mitsubishi belum mendedahkannya namun berdasarkan model Jepun, terdapat dua pilihan iaitu dua atau empat tempat duduk.

Minicab-MiEV dibekalkan bateri berkuasa 16 kWj dan boleh dipandu sejauh 133 kilometer (mod WLTC).
Jarak itu memang pendek dan menurut kajian Mitsubishi, 77 peratus pengguna van komersial ringan di Jepun hanya memandu tidak lebih 65 kilometer sehari.
Dari situ boleh dibayangkan kegunaannya sebagai contoh syarikat penghantaran yang beroperasi di dalam daerah atau kejiranan yang sama.

Ada tiga mod pemanduan, ECO untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan D bagi pemanduan normal. Mod B pula memfokuskan kepada brek regeneratif.
Menggunakan pengecasan AC200V (15A), van ini boleh dicas penuh dalam tempoh tujuh jam.
Di Jepun Minicab-MiEV dijual pada harga 2,431,000 yen (RM79,981.77) bagi model dua tempat duduk dan 2,453,000 yen (RM80,705.59) untuk model empat tempat duduk.
Penulis: Muhammad Md Tajudin