Formula 1 mungkin pasang mikrofon pada ekzos untuk tarik penonton TV

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memang perlumbaan Formula 1 sudah semakin membosankan dan jauh berbeza dari 10 tahun lalu di mana persaingan sengit antara pelumba tua dan muda serta pertandingan teknologi antara kenderaan.

Perlahan-lahan perlumbaan sukan bermotor paling berprestij itu mula menjadi semakin hambar. Antara faktor yang boleh dipersalahkan ialah penggunaan enjin V6 hybrid turbo sejak tahun 2014.

Enjin V6 itu mempunyai bunyi yang seseksi bunyi kucing jantan mahu mengawan, berbanding dengan bunyi enjin V8 sebelum itu yang kuat dan mendebarkan dada.

Menurut agensi berita Reuters, pihak syarikat Formula 1 mahu menambahkan sedikit keseronokan kepada penonton TV dengan meletakkan mikrofon pada ekzos kereta-kereta F1.

Menurut Pengarah Urusan Komersil Formula 1, Sean Bratches, mereka perlu melakukan sesuatu yang lebih menarik untuk penonton TV di seluruh dunia.

"Antaranya ialah kami mahu meningkatkan bunyi-bunyi dari kenderaan itu kerana ia memberi efek kepada peminat," jelasnya.

Beliau kemudian menambah bahawa David Hill, seorang produser dari Australia yang terkenal dalam inovasi penyiaran dan sukan TV memang terbabit dalam usaha baharu ini.

"David sedang bekerja dengan sebuah agensi dari Jerman untuk menghasilkan sebuah mikrofon seramik untuk dilekatkan pada ekzos agar mampu menguatkan bunyi deruman enjin kepada peminat," terang Sean.

Dalam masa itu, sukan Formula 1 akan mempunyai undang-undang untuk enjin baharu dalam tahun 2021.

jean todt

 

Jean Todt, presiden FIA yang menjaga hal-ehwal sukan permotoran dunia berkata sebarang keputusan F1 untuk menggunakan enjin-enjin teknologi sebelumnya yang lebih berkuasa dan lebih bising tidak akan dapat diterima oleh orang ramai.

Jika itulah halatuju FIA untuk F1, maka dalam tahun 2030, mungkin F1 menggunakan layar angin kerana ia lebih senyap, lebih bersih dan langsung tidak merosakan alam sekitar.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…