Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43 tahun, namun pasukan Mercedes belum memutuskan sama ada mereka mahu menerima syarat tersebut.
Menurut sumber juga, Hamilton dikatakan mahukan kontrak selama lima tahun dan akan menolak sekiranya hanya menerima tawaran lanjutan selama setahun.
Menurut sumber itu, “Lewis mahu lima tahun, dan jika ia hanya satu tahun lanjutan saya tidak fikir dia akan menerimanya."
“Mereka mungkin perlu mencapai kompromi kerana, biarpun George (Russell) menerima idea bergandingan dengan Lewis untuk beberapa tahun tetapi dia mungkin enggan berada dalam bayang-bayang rakan sepasukannya bagi jangka panjang.
“Selalu ada tarikan daripada Ferrari tetapi Lewis mungkin akan berfikir bahawa satu-satunya harapan untuk memenangi gelaran dunia kelapannya adalah dengan kekal di tempat sekarang.”
Menurut bos pasukan Mercedes AMG Petronas Team, Toto Wolf sebelum ini mengatakan bahawa dia akan berbincang bersama Hamilton mengenai isu kontrak selepas musim 2022 berakhir.
Sehingga kini, isu mengenai kontrak Hamilton bersama Mercedes masih belum menemui penyelesaian, pastinya ia menjadi antara topik hangat untuk diperkatakan menjelang GP Kanada minggu ini.
Sumber: Daily Mail