Jessica Hawkins jadi wanita pertama dalam tempoh 5 tahun untuk pandu uji jentera F1

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Duta pemandu Aston Martin dan bekas pelumba W Series, Jessica Hawkins telah menjadi wanita pertama dalam tempoh hampir lima tahun untuk menguji jentera Formula One.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1 Aston Martin 2021 (AMR21), di mana dia turut disertai oleh pelumba simpanan asal Brazil, iaitu Felipe Drugovich.

Sedikit sejarah mengenai Hawkins, dia merupakan antara pelumba manita berjaya yang kini berusia 28 tahun, di mana dia juga merupakan bekas juara go-kart Britain dan pernah menjadi pemandu lagak ngeri untuk filem James Bond.

Seperti masalah yang dihadapi kebanyakan pelumba dalam dunia sukan permotoran, kerjaya perlumbaan Hawkins tidaklah begitu lancar dan pernah terhenti seketika akibat kekurangan dana.

 

3

 

Perjalanan dunia perlumbaan Hawkins kembali menyinar apabila sebuah platform khusus untuk pelumba wanita, iaitu W Series yang setaraf dengan Formula Three diperkenalkan, di mana semua kos telah ditaja.

Hawkins kemudiannya telah menyertai Aston Martin sebagai duta pemandu syarikat itu pada tahun 2021.

Ketua pasukan Aston Martin, Mike Krack berkata, "Kami benar-benar kagum dengan persiapan Jessica untuk ujian itu,  dia bekerja keras dengan pasukan simulator kami dan itu menjadikannya keputusan mudah untuk meletakkannya dalam AMR21,"

 

2

 

"Jessica menghampiri peluang itu dengan kematangan yang hebat, dia memecut dengan pantas dan menemui rentak yang bagus."

Formula One tidak mempunyai pelumba wanita sejak ianya disertai oleh Itali Lella Lombardi pada tahun 1976, bagaimanapun masih ada beberapa pelumba wanita telah menguji jentera lumba itu.

Pemandu wanita terakhir yang diuji sebelum Hawkins ialah Tatiana Calderon dari Colombia bersama pasukan Sauber yang kini dikenali sebagai Alfa Romeo, di litar Hermanos Rodriguez Mexico City pada Oktober 2018.

 

Sumber: F1

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…
Sukan Bermotor
  Menurut laporan, langkah yang dibuat pasukan Ferrari itu bagi mengembalikan semula status mereka…