Fiat Strada 2021 - pikap utiliti bersaiz kecil untuk pasaran Brazil

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada trak pikap bersaiz pertengahan yang biasa melata di atas jalan raya urban seperti Ford Ranger, Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton, terdapat juga permintaan terhadap segmen trak pikap yang lebih kecil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di pasaran Brazil, Fiat membawakan generasi baharu pikap ute Fiat Strada yang membawakan rekaan badan unibodi empat pintu dengan penambahan bed kargo di bahagian belakang.

 


Fiat Strada memiliki dimensi 4,480 mm panjang, dengan dimensi bed sepanjang 1,173 mm, 1,059 mm lebar dan mampu membawa muatan sehingga 650 kilogram.

Untuk perbandingan, Proton Arena dua pintu memiliki dimensi 4,455 mm panjang, dengan dimensi bed kargo sepanjang 1,630 mm dan keupayaan membawa muatan sehingga 570 kilogram sahaja.

 


Pikap utiliti ini hadir dengan nadi 1.4 liter yang mampu menghasilkan 88 kuasa kuda dan 123 Nm daya kilas, atau opsyen enjin 1.3 liter yang lebih berkuasa menghasilkan 109 hp dan 139 Nm dan kedua-duanya dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan.

Ruang kabin pula menawarkan tempat duduk sehingga lima orang pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan sistem infotainmen tujuh inci, dan diakhiri dengan tiga tombol besar untuk kawalan suhu dan aliran udara.

 


Fiat Strada sepatutnya mula dijual pada April, namun ditangguhkan atas sebab  kilang Fiat yang masih lagi tidak beroperasi sehingga tamat pandemik COVID-19.

Harga jualan yang dicadangkan bermula dari R$70,000 (RM58,375).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pemiliknya, Stellantis percaya model perniagaan terbaharu Fiat yang menawarkan pemasaran dari segi…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…
Berita Global
Kini, lebih banyak perincian didedahkan secara rasmi bagi mereka yang mahukan sebuah kuadirisikal…