Carlos Tavares, ketua eksekutif PSA, yang juga memiliki Vauxhall dan Citroën, akan menjadi ketua eksekutif syarikat baru, sementara pengerusi Fiat, John Elkann, akan menjadi pengerusi syarikat tersebut.
Berita mengenai perundingan penggabungan pada hari Rabu menimbulkan kebimbangan terhadap kehilangan pekerjaan kepada 1,100 pekerja di kilang Vauxhall di Ellesmere Port, Cheshire. Kesatuan Unite, yang mewakili pekerja di kilang itu, telah menggesa untuk bertemu dengan PSA.
Pada bulan Jun lalu, syarikat itu memberi peringatan bahawa masa hadapan syarikat bergantung kepada perjanjian Brexit. Terdapat seramai 1,200 pekerja Vauxhall di Luton, Bedfordshire.
Kesepakatan yang dipersetujui itu tercapai setelah beberapa bulan percubaan pergabungan gagal diadakan seperti di antara FCA dan Renault Perancis disebabkan campur tangan kerajaan Perancis, mereka adalah pemegang saham terbesar Renault.
Kerajaan Perancis memiliki 12 peratus saham daripada PSA selepas menyaman pembuat kereta tersebut pada 2014.
Bagaimanapun, cadangan Renault gagal disebabkan kerumitan perikatan dengan pengeluar kereta Jepun, Nissan dan penganalisis lebih yakin dengan perjanjian terbaharu ini akan diteruskan.
Kredit: https://www.theguardian.com/business/2019/oct/31/fiat-chrysler-and-psa-peugeot-agree-35bn-merger