Model ini juga turut dijenamakan semula sebagai Opel Rocks Electric, dan terbaharu oleh Fiat, dinamakan sebagai Topolino.
Di dalam bahasa Itali, Topolino membawa maksud tikus kecil, di mana nama itu juga turut digunakan untuk watak kartun Mickey Mouse.
Nama Topolino itu digunakan semula sebagai satu penghormatan kepada kereta kecil Fiat 500 'Topolino' yang wujud dari tahun 1936-1955.
Tiada perincian spesifikasi didedahkan, namun ia kemungkinan besar sama seperti model asal Ami, dengan motor elektrik 8 hp, bateri 5.5 kWh dengan kelajuan tertinggi 75 km/j dan jarak gerak sejauh 75 km mengikut data WLTP.
Fiat Topolino ini tidak mempunyai pintu sisi - sama seperti Citroen My Ami Buggy, namun ia didatangkan dengan rekaan bumbung fabrik yang boleh dilipat.
Ciri lain termasuklah rekaan lampu berbentuk bulat, muka hadapan yang lebih minimalis serta rekaan rim klasik.