Duo Ducati Scrambler 1100 kini menjengah pasaran Malaysia - harga bermula dari RM83k atas jalan

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar tunggal motosikal jenama Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd telah melancarkan Ducati Scrambler 1100 bersempena dengan Festival Art of Speed tahun ketujuh bertempat di MAEPS, Serdang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Didatangkan dengan dua varian iaitu Scrambler 1100 Special dan Scrambler 1100 Sport, kedua-dua model tersebut dibangunkan dengan stail yang ikonik, dan mudah untuk dimodifikasikan berdasarkan kehendak pembeli. 

 


Dimensi motosikal yang lebih besar berbanding model Scrambler yang lain (50 mm lebih lebar, 69 mm lebih panjang dan tempat duduk lebar) memberikan motosikal ini satu penampilan yang seimbang dan selesa untuk ditunggang. 

Menggunakan casis Trellis serba baharu, Ducati juga turut mereka kembali subframe aluminium di bahagian belakang yang boleh ditanggalkan bagi memberikan pilihan modifikasi yang lebih meluas kepada para penunggang mengikut citarasa mereka tersendiri. 
 


Ducati Scrambler 1100 Sport didatangkan dengan sistem suspensi Ohlins, manakala varian Special menerima suspensi Kayaba dengan fork hadapan 45 mm jenis terbalik dan suspensi belakang boleh laras, memberikan keseimbangan di antara keselesaan dan prestasi pada motosikal ini. 

Lampu utama berbentuk bulat yang dihiasi dengan trim aluminium dan parabola kaca yang turut dikongsi motosikal Ducati Scrambler yang lain, serta ciri lampu nyalaan siang (DRL) sebagai standard. 
 


Panel instrumen pula menampilkan gabungan elemen klasik dan paparan digital yang menunjukkan info-info penting seperti tahap bahan api, mod tunggangan dan kawalan cengkaman. 

Ducati juga turut menawarkan tambahan aksesori iaitu sistem informasi Ducati Multimedia System yang boleh dimuatkan dengan modul sambungan Bluetooth pada sistem paparan motosikal ini. 
 


Kedua-dua model Scrambler ini menggunakan enjin 1079 cm3 L-twin dengan kuasa tertinggi dicatatkan sebanyak 86 kuasa kuda dan daya kilas maksimum 88.4 Nm yang masuk penuh pada julat putaran enjin setinggi 4,750 rpm, menjadikan pengedaran kuasa yang lancar pada apa jua putaran enjin. 

Ducati juga menggunakan teknologi Ride by Wire dan tetapan dua palam pencucuh pada setiap silinder bagi memberikan tahap penggunaan bahan api yang lebih efisien disamping pengendalian yang hebat pada Scrambler ini. 
 


Kuasa yang terhasil disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear manual enam kelajuan jenis klas basah multiplate dan dibantu dengan teknologi servo-asissted slipper function bagi mengelakkan tayar belakang hilang kawalan ketika down-shift. 

Terdapat tiga mod tunggangan iaitu Active Riding Mode yang memberikan sepenuh kuasa kepada penunggang dan sistem kawalan cengkaman, Journey Riding Mode untuk kegunaan seharian dan City Riding Mode yang menurunkan kuasa output kepada 78 hp untuk keselamatan ketika tunggangan di dalam bandar. 
 


Aspek keselamatan tidak dilupakan apabila Ducati melengkapkan motosikal Scrambler ini dengan pakej keselamatan terdiri daripada Bosch MP Cornering ABS dan Ducati Traction Control, yang pertama seupamanya hadir di dalam keluarga Scrambler.

Harga jualan bagi Ducati Scrambler 1100 Special dan 1100 Sport masing-masing dijual pada harga RM83,000 dan RN85,000 di atas jalan tanpa insurans. 

Setiap pembelian motosikal Ducati akan menerima jaminan pengeluar tanpa had perbatuan selama dua tahun dan Ducati Smart Service Program yang terdiri daripada servis percuma selama dua tahun meliputi alat ganti dan pelincir, atau jarak perbatuan sehingga 30,000 km yang mana terdahulu. 
 


Pihak Ducati memberikan jaminan pengecualian daripada SST bagi pelanggan yang telah menempah motosikal mereka ketika Art of Speed pada 28-29 Julai lalu sehingga Ducati Reddest Weekend pada 4-5 Ogos nanti. 

 

Pelancaran Ducati Scrambler 1100 di Art of Speed 2018

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Henry Crew memilih untuk menunggang sebuah Ducati Scrambler Desert Sled yang terkenal dengan…
Berita Domestik
Antara acara-acara yang bakal menanti ialah persembahan muzik, food-truck, sesi tunggang uji dan…
Berita Domestik
Pengedar tunggal jenama Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd akan memperkenalkan dua varian bagi…