Jelajah satu dunia sejauh 35,000 batu bersama Ducati Scrambler

oleh Mohamad Hanif|
Anak muda ini baru berusia 22 tahun, namun dengan semangat dan jiwa yang besar, Henry Crew kini sedang berusaha untuk mencatatkan rekod Guinness World Record sebagai penunggang termuda yang mengelilingi dunia di atas sebuah motosikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Henry Crew memilih untuk menunggang sebuah Ducati Scrambler Desert Sled yang terkenal dengan kelasakan dan rekaan yang ikonik bagi melengkapkan perjalanan sejauh 35,000 batu merangkumi 35 buah negara. 

Ducati Scrambler Desert Sled dibina untuk mereka yang berjiwa kental dan mahukan kehidupan kembara sebagai gaya hidup mereka. 

Dengan rangka yang serba ringan dan diperkukuh, ia mampu menahan apa jua keadaan permukaan jalan ditambah menjadikan motosikal Scrambler ini teman yang sempurna bagi tujuan kembara. 

 


Memulakan perjalanan daripada Selatan London pada 3 April 2018, beliau telah melawat lebih daripada 17 buah negara termasuklah Perancis, Switzerland, Itali, Rusia, Kazakhstan, Myanmar, India dan Thailand sebelum berhenti di Malaysia. 

Beliau bakal meneruskan perjalanan menuju ke Australia sebelum menyeberang lautan menuju ke benua Afrika dan Amerika sebelum melengkapkan perjalanannya kembali ke tanah air, England. 
 


Dalam masa yang sama, anak muda ini turut sama menggerakkan kutipan derma bagi Movember Foundation, sebuah organisasi amal sedunia yang menitikberatkan soal kesihatan yang biasa dihadapi oleh golongan lelaki termasuklah kanser prostat, kanser testis, kesihatan mental dan masalah bunuh diri. 

Sehingga kini, beliau telah mengutip dana sehingga £4,300, dengan sebahagiannya telah pun dicapai menerusi aktiviti kembara beliau menjelajah dunia. 
 


Sebagai pengedar tunggal jenama Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd mengambil kesempatan menawarkan bantuan servis dan pemeriksaan kepada motosikal Henry Crew sepanjang tempoh beliau berada di Malaysia. 

Next Bike juga telah merancang laluan perjalanan bagi Henry bermula dari Pulau Pinang menuju ke Ipoh, Perak, menaiki tanah tinggi Cameron sebelum menyelusuri jalan menuju ke Tanjung Piai, titik selatan yang paling hujung di Asia dan pulang semula ke Kuala Lumpur. 
 


Baru-baru ini, Next Bike Sdn Bhd telah melancarkan dua varian Scrambler iaitu Scrambler 1100 Special dan Scrambler 1100 Sport dengan harga jualan masing-masing RM83,000 dan RM85,000 tanpa insurans dan GST. 

Setiap pembelian motosikal Ducati akan didatangkan pakej Ducati Smart Service Program yang terdiri daripada pakej servis percuma selama dua tahun bagi alat ganti dan juga minuak pelincir, atau sehingga 30,000 km termasuklah servis Desmodromic. 

Pakej ini merupakan tambahan kepada jaminan daripada pengeluar selama dua tahun tanpa jarak perbatuan dan terdapat di seluruh pengedar Ducati seluruh negara. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ducati pula melalui siri Scrambler sedang sibuk mengembangkan segmen ini supaya tidak…