Ducati Scrambler 1100 buat penampilan di Art of Speed hujung minggu ini!

oleh Mohamad Hanif|
Rebut peluang keemasan pada festival Art of Speed hujung minggu ini untuk menyaksikan Ducati Scrambler 1100 bertempat di MAEPS, Serdang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengedar tunggal jenama Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd akan memperkenalkan dua varian bagi Ducati 1100 iaitu Special dan Sport di dalam usaha meluaskan lagi penawaran motosikal jenama itu di Malaysia. 

Dilancarkan di EICMA 2017 ketika Ducati World Premiere November tahun lalu, Scrambler 1100 dibangunkan untuk memenuhi keperluan para penunggang dengan penawaran motosikal besar yang lengkap dengan teknologi, kuasa, kemasan yang berkualiti serta keselesaan tunggangan. 

Ducati Scrambler 1100 menggunakan enjin 1079 cm3 yang memberikan kuasa tork yang diperlukan terutama ketika putaran enjin yang rendah, dan turut dibantu dengan pakej keselamatan elektronik seperti ABS Cornering dan juga Traction Control.

Selain daripada melihat dengan mata sendiri keindahan binaan Ducati Scrambler 1100 ini, pengunjung juga boleh melihat pelbagai barangan rasmi Ducati termasuklah jaket kulit, jaket fabrik serta helmet jenis open-face yang diproduksikan dengan kerjasama daripada Roland Sands.

Ducati Scrambler 1100 serba baharu ini boleh dilihat pada booth Ducati di Art of Speed pada 28-29 Julai ini di MAEPS, Serdang bermula jam 10 pagi. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Henry Crew memilih untuk menunggang sebuah Ducati Scrambler Desert Sled yang terkenal dengan…
Berita Domestik
Antara acara-acara yang bakal menanti ialah persembahan muzik, food-truck, sesi tunggang uji dan…
Berita Domestik
Didatangkan dengan dua varian iaitu Scrambler 1100 Special dan Scrambler 1100 Sport, kedua-dua…