Berlumba di dalam kategori OhVale 190GP-2 Junior, Danish Hakim yang berlumba di bawah pasukan SIC Racing Team turut berjaya memecahkan rekod masa pusingan sebanyak dua kali semasa pusingan masa QP1 dan QP2.
Pusingan terakhir yang berlangsung pada 4-5 September itu menyaksikan Danish Hakim berjaya memenangi kedua-dua perlumbaan itu.
Sebagai info, kategori perlumbaan MiniGP membenarkan pelumba muda berumur 10 hingga 14 tahun untuk menunjukkan bakat perlumbaan yang terpendam, dengan menggunakan jentera lumba di bawah sesaran 200 cc.