PETRONAS SRT Ohvale MiniGP - 46 unit sahaja, dari RM48 ribu

oleh Mohamad Hanif|
PETRONAS Sepang Racing Team dengan kerjasama Ohvale melancarkan motosikal edisi terhad PETRONAS SRT Ohvale Special Series MiniGP yang boleh didapati bermula September ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dihasilkan untuk kegunaan di dalam litar, PETRONAS SRT Ohvale Special Series MiniGP ini dibangunkan berdasarkan jentera Ohvale 160 cc GP-0 berkuasa 15 hp dengan beberapa penambahbaikan didatangkan.

 


Seperti contoh, casis asal telah dinaiktaraf bagi memudahkan kegunaan penunggang yang lebih tinggi, suspensi boleh laras sepenuhnya daripada Mupo (hadapan) dan Ohlins (belakang), winglet, karburetor Dell'Orto dan sistem ekzos Arrow.

Selain daripada itu, jentera ini turut mendapat beberapa komponen diperbuat daripada gentian karbon seperti panel depan, winglet dan mudguard.

 


Sistem brek pula menggunakan jenama J.Juan manakala tayar pula adalah daripada jenama Pirelli Diablo Superbike 10 inci.

Penampilan keseluruhan dikemaskan dengan liveri rasmi PETRONAS SRT, serta pakej istimewa berupa pemanas tayar bespoke, karpet perlumbaan dan kanvas pelindung motosikal.

 


Harga jualan bermula dari €9,600 (RM48 ribu) dan sebanyak 46 unit sahaja motosikal ini akan dibina di mana setiap satu memiliki nombor siri yang tersendiri.

Unit-unit ini akan mula dihantar September ini.

Setiap pembelian motosikal MiniGP ini akan turut disertakan dengan bekalan alat ganti dan peralatan bengkel yang disimpan di dalam kotak penyimpanan khusus PETRONAS SRT.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
  Berikut merupakan perubahan peraturan teknikal MotoGP 2027;   Enjin bagi kelas MotoGP akan…
Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…