CUACA SEJUK MELAMPAU BOLEH BAWA MASALAH PADA PEMILIK TESLA?

oleh Firdaus Razani|
Jika di Malaysia mungkin tiada masalah jika memandu EV kerana cuaca iklim kita adalah normal, namun, lain jadinya jika memiliki EV di negara beriklim cuaca sejuk yang melampau.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apa yang terjadi di Chicago, Amerika Syarikat adalah dikatakan beberapa pemilik Tesla tidak boleh menghidupkan keretanya kerana bateri mati dalam suhu di bawah sifar.

Dikatakan beberapa stesen pengecas juga tidak berfungsi dan jika berfungsi sekalipun, ia mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk mengecas.

 

tesla

 

Menurut seorang pemilik Tesla di sana, beliau perlu menunggu selama lebih lima jam untuk mengecas keretanya itu dan apa yang membuat keadaan lagi tak baik, tempoh waktu mengecas lebih dari tempoh biasa iaitu mengambil masa dua jam.

Beliau turut berkata dengan melihat sekurang-kurangnya sepuluh kereta yang ditunda kerana menghadapi masalah itu.

Walaubagaimanapun, Tesla telah menasihatkan pemilik agar mengekalkan paras caj melebihi 20 peratus, terutama sekali ketika cuaca sejuk melampau melanda.

 

tesla

 

Menurut Tesla dalam laman web sokongan juga menyatakan bahawa ia adalah perkara biasa jika berlaku peningkatan penggunaan tenaga dalam cuaca sejuk, Tesla akan menggunakan lebih banyak tenaga untuk memanaskan bateri dan kabin.

"Kami telah membuat beberapa kemas kini untuk meningkatkan pengalaman pemanduan anda dalam suhu beku, termasuk prestasi terma keseluruhan yang lebih baik, Pengecasan Super yang lebih pantas dan penyaman kabin yang lebih baik," kata syarikat itu.

 

tesla

 

Isu yang disiasat oleh Laporan Pengguna tahun lepas disebabkan kebimbangan tentang variasi ketara dalam cara EV yang berbeza bertahan dalam cuaca sejuk kerana EV terkenal kerana kehilangan kecekapan tenaga dalam cuaca sejuk.

Oleh itu, Pemandu sepatutnya menggunakan fungsi Charging Prep pada Tesla kerana fungsi tersebut adalah untuk “memanaskan” sedikit suhu bateri tersebut agar dapat dicas semasa suhu terlampau rendah.

Nasib baik Malaysia tiada musim sejuk, paling-paling kena hadap musim tengkujuh setiap tahun.

 

SUMBER : CBSNews

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…