Continental Tyres lancar tayar UUHP SportContact7, pilihan saiz 18"-23"

oleh Mohamad Hanif|
Continental Tyres hari ini melancarkan tayar prestasi Ultra Ultra-High Performance (UUHP) generasi ketujuh, SportContact 7 (SC7) yang menawarkan peningkatan ketara untuk pemanduan basah dan kering, baik di atas jalan mahupun di dalam litar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Continental SC7 menampilkan siri teknologi terkini seperti corak bunga adaptif yang boleh disesuaikan dengan pelbagai tingkah laku pemanduan dengan memberikan kadar cengkaman tambahan.
 

SC7


Ia juga turut merangkumi ciri Force Clustering yang menawarkan pengendalian SportContact yang sama untuk setiap kelas kenderaan, serta teknologi kompaun BlackChili eksklusif yang telah diselaraskan dengan corak tayar bagi memastikan pemanduan yang lebih memuaskan.

Dengan teknologi yang disebutkan itu tadi, SportContact 7 mampu memberikan kadar cengkaman yang luar biasa dalam keadaan basah semasa membrek atau memecut, selain mengurangkan kesan penyatahan air (aquaplaning) ketika membelok di selekoh.
 

SC7


Tidak menghairankan apabila Continental SportContact 7 ini menerima pengiktirafan pelbagai anugerah daripada pakar penilaian tayar pihak ketiga di Eropah termasuklah Evo, AutoBild, Sport Auto, AutoExpress, WhatTyre dan Tyre Reviews.

SportContact 7 merupakan tayar Continental pertama yang dibuat secara khusus untuk setiap kelas dan berat kenderaan, dan boleh didapati dalam saiz tayar 18 inci hingga 23 inci.

Maklumat lanjut boleh dirujuk pada laman web www.continental-tyres.com.my

Berita Berkenaan

Tekno Careta
Tayar ini memberikan prestasi pemanduan terbaik yang meningkatkan pemanduan harian ke tahap yang…
Berita Domestik
Continental Tyres akan menawarkan sehingga RM200 dalam bentuk kredit Touch ‘n Go e-wallet bagi…
Berita Domestik
Total Confidence Plan merupakan pakej waranti tambahan dan servis menyeluruh dari Continental bagi…