CONTINENTAL MAXCONTACT MC7 - TAYAR PRESTASI TINGGI UNTUK PEMANDU ASIA

oleh Firdaus Razani|
Continental Tyres memperkenalkan tayar MaxContact MC7, tayar berprestasi tinggi, yang direka bentuk untuk landskap bandar serta disesuaikan untuk memenuhi keperluan para pemandu Asia Pasifik (APAC).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tayar ini memberikan prestasi pemanduan terbaik yang meningkatkan pemanduan harian ke tahap yang lebih unggul dengan kawalan maksimum melalui pengendalian yang dinamik.

MaxContact MC7 ini menyediakan pengendalian yang lebih terperinci dan kestabilan yang luar biasa untuk para pemandu ketika mengambil selekoh pada kelajuan yang lebih tinggi.

mc7

Kelebihan ini dicapai oleh MC7 dengan memaksimumkan kawasan sentuhan dengan jalan untuk mencipta jejak yang lebih luas dengan Cornering Macroblocks.

Ia sekali gus mengagihkan semula daya untuk pemanduan yang lebih terkawal dan stabil.

Kompaun ReFlex MaxContact MC7 juga menghasilkan rintangan yang lebih tinggi terhadap ubah bentuk tayar (tyre deformation) serta membawa kepada tindak balas dan ketepatan pengemudian yang lebih baik.

MaxContact MC7 baharu menghasilkan cengkaman yang dipertingkatkan serta jarak membrek yang lebih pendek untuk memastikan pemanduan yang stabil dan selamat.

 

mc7

 

Terima kasih pada reka bentuk yang memastikan keselamatan walaupun semasa musim hujan yang kerap di APAC, termasuk Malaysia.

3D Laser-cut Sipes meningkatkan cengkaman dan brek dalam keadaan basah dan hujan, mengurangkan risiko penyatahan air (aquaplaning) dengan menolak keluar air melalui alur tayar dengan cepat.

Teknologi silika dalam sebatian ReFlex meningkatkan pemindahan tenaga kinetik kepada haba apabila membrek, sekali gus membawa kepada jarak membrek yang lebih pendek di jalan kering dan juga basah.

 

mc7

 

MaxContact MC7 turut memberi pemanduan yang lebih senyap dengan pemutus bunyi yang telah dinaik taraf.

Two-in-1 Noise Breaker 3.0 yang telah dinaik taraf memecahkan gelombang bunyi, mencegah bunyi daripada terkumpul dan masuk ke dalam kabin kereta.

MaxContact MC7 mampu menghasilkan pemanduan lebih senyap yang disukai oleh pemandu di bandar yang bergaya walaupun semasa memandu kereta sport.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Continental Tyres akan menawarkan sehingga RM200 dalam bentuk kredit Touch ‘n Go e-wallet bagi…
Pelancaran
Continental SC7 menampilkan siri teknologi terkini seperti corak bunga adaptif yang boleh…
Berita Domestik
Total Confidence Plan merupakan pakej waranti tambahan dan servis menyeluruh dari Continental bagi…