Continental tawar waranti tambahan dan ganjaran sehingga RM200

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena menyambut musim perayaan dan ulang tahunnya ke-60 sebagai pengeluar tayar pertama di Malaysia, Continental Tyre Malaysia melancarkan Total Confidence Plan (Program Waranti Tambahan) dan ganjaran e-dompet untuk dinikmati pelanggannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Total Confidence Plan merupakan pakej waranti tambahan dan servis menyeluruh dari Continental bagi memenuhi keperluan pelanggannya.

TCP merangkumi perlindungan bahaya jalan raya untuk 12 bulan pertama, penggantian tayar 1 kepada 1, dan aplikasi mudah alih yang senang digunakan sebagai saluran penyelesaian dan tuntutan sehenti.

 

2

 

Bagi memudahkan dan meningkatkan keyakinan pelanggan, lebih 100 pengedar sah Continental di seluruh Malaysia akan mengambil bahagian dalam program tersebut.

Sebagai sebuah penyelesaian digital yang mudah untuk para pemandu yang sentiasa sibuk, Total Confidence Plan boleh diakses menggunakan telefon pintar di mana pemandu boleh mendaftar dan memfailkan tuntutan pada bila-bila masa.

Untuk menikmati tawaran program tersebut, anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah seperti berikut:

  • Muat turun aplikasi Conti TCP melalui Apple App Store atau Google Play Store
  • Daftarkan butiran peribadi dan muat naik invois rasmi
  • Semasa pendaftaran tayar dalam aplikasi Conti TCP, imbas kod bar pada dinding tepi bahagian bawah tayar sebelum pemasangan
  • Setelah selesai, anda akan menerima waranti semasa dan tempoh tawaran, dan menikmati 12 bulan pertama Total Confidence Plan dengan Continental.
3

 

Bermula 3 April hingga 30 Jun 2023, beli minimum dua tayar jenama Continental di mana- mana pengedar atau di kedai Shopee rasmi Continental untuk menebus baucar e-dompet Touch&Go melalui aplikasi Conti TCP.

Promosi tersebut hanya sah untuk semua tayar bersaiz 14” dan ke atas untuk kereta penumpang, SUV, MPV dan 4x4 sahaja.

Untuk Sebarang maklumat lanjut mengenai promosi Hari Raya dan program TCP, layari laman sesawang Continental Promosi Raya atau Continental Total Confidence Plan.

 

Berita Berkenaan

Tekno Careta
Tayar ini memberikan prestasi pemanduan terbaik yang meningkatkan pemanduan harian ke tahap yang…
Berita Domestik
Continental Tyres akan menawarkan sehingga RM200 dalam bentuk kredit Touch ‘n Go e-wallet bagi…
Pelancaran
Continental SC7 menampilkan siri teknologi terkini seperti corak bunga adaptif yang boleh…