Sementara itu, BMW dilapor tidak berniat untuk kembali menyertai sukan tersebut selepas berpisah daripada Sauber pada tahun 2009, berdasarkan laporan oleh BMWBlog.
Menurut bos BMW M Frank Van Meel menjelaskan, "bagi kami, adalah amat penting untuk mempunyai kisah transformasi (elektrifikasi) diterima secepat mungkin. Formula 1 masih lagi membincangkan peraturan berkenaan elektrifikasi, jadi bagi kami, ia amat jelas."
Biarpun tidak berhasrat untuk kembali ke F1, BMW kini terlibat di dalam perlumbaan Le Mans Daytona hybrid (LMDh) yang dijangka akan kembali pada tahun musim 2024, dan bakal menyaksikan persaingan sengit dengan Lamborghini, Porsche, Audi, Acura, Cadillac, Alpine dan juga Peugeot.
Sumber: BMWBlog