5,500 tempahan - ETCM percepat serahan Nissan Serena S-Hybrid baharu

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini mengumumkan bahawa Nissan Serena S-Hybrid serba baharu mencatat satu lagi sejarah dengan 5,500 tempahan diterima.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daripada jumlah itu, sebanyak 4,000 unit telah diserahkan kepada pelanggan setakat 30 Oktober 2018, merangkumi 73% dari jumlah tempahan.


Menurut Christopher Tan, Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM berkata, kilang pemasangan TCMA kini fokus untuk meningkatkan pengeluaran, pada masa yang sama memastikan tahap kualiti produk tertinggi dan terus mempercepatkan penghantaran. 

"Kami sangat berterima kasih kepada para pelanggan atas sokongan berterusan, sabar dan memahami,” ujar beliau. 

Sebagai tambahan, Nissan Serena S-Hybrid serba baharu baru-baru ini memenangi Anugerah Pilihan Editor CarSifu 2018 untuk kategori MPV Saiz Sederhana Terbaik dan MPV Kompak Terbaik dalam Anugerah DSF.my Allianz Vehicle of the Year (VOTY 2018) pada Mei 2018. 

Nissan Serena S-Hybrid serba baharu menawarkan penjimatan bahan api terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2 km/L dengan pelbagai ciri inovatif seperti Pintu Gelongsor Kembar Berkuasa Dengan Pengesan Kaki, Pintu Belakang Dwi-Bukaan, 7 Saluran USB, Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dengan Intelligent Moving Object Detection (I-MOD), ketersambungan telefon pintar melalui Apple CarPlay™ dan Android Auto™, ternyata menyumbang untuk menjadikan Nissan Serena S-Hybrid serba baharu sebagai MPV No. 1 di Jepun, MPV saiz sederhana paling laris mulai Januari hingga September 2018.
 


Pandu uji Nissan Serena S-Hybrid serba baharu dan model-model inovatif Nissan di bilik pameran Nissan di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800 88 3838.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Menggunakan kepakaran daripada firma talaan IMPUL, Nissan Serena S-Hybrid diberikan kit badan…
Berita Domestik
Menurut Christopher Tan, Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM berkata, “Penerimaan pasaran yang…
Pelancaran
Sebagai sebuah MPV yang popular, Nissan Serena S-Hybrid menampilkan rekaan baharu yang lebih sporty…