Menggunakan kepakaran daripada firma talaan IMPUL, Nissan Serena S-Hybrid diberikan kit badan berupa lip spoiler hadapan dan belakang dengan kemasan krom J IMPUL yang bukan sekadar menyerlahkan imej kosmetik semata-mata, malah ia mampu mengurangkan daya turun (downforce) sehingga 10%, sekaligus membantu kestabilan pada kelajuan tinggi.
Tidak terhad sekadar itu, Nissan juga turut melengkapkan dengan rim aloi IMPUL Millenium bersaiz 18 inci dan ruangan dalaman pula dihiasi dengan kerusi balutan kulit premium dengan sulaman berlian.
Setiap pembelian Nissan Serena J Impul hadir dengan jaminan selama lima tahun dan jarak perbatuan tanpa had, manakala aksesori pula diberikan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 km yang mana terdahulu.
Berikut merupakan harga bagi Nissan Serena J Impul
Para pemilik Nissan Serena S-Hybrid (C27) sedia ada yang berminat untuk menaiktaraf kepada pakej J IMPUL ini boleh menghubungi talian 03-4047 8786 atau e-mel ke [email protected].
Orang ramai yang ingin melihat dengan lebih dekat dan memandu uji MPV Nissan Serena J IMPUL ini boleh berkunjung ke mana-mana bilik pameran Nissan yang terpilih pada hujung minggu dengan merujuk kepada jadual yang tertera di bawah.