Nazili yang berkata kepada The Star menyatakan sebanyak 14,163 unit kenderaan diperiksa dan 2,053 unit kenderaan yang telah diambil tindakan. Dari jumlah itu, 422 unit disita dan 5,015 lagi diberikan saman.
Tujuan operasi dilakukan ialah untuk mengambil tindakan kepada penunggang dan pemilik motosikal yang melanggar Akta Pengangkutan Jalanraya 1987 dan undang-undang trafik.
Beliau juga menasihatkan pemilik kenderaan agar untuk tidak menyewa atau membenarkan kenderaan mereka digunakan oleh warga asing tanpa permit yang sah kerana ia akan membawa kepada isu undang-undang yang lain.
"Ia juga akan menyukarkan urusan tuntutan insurans," ujar Nazili.
Berita lanjut di The Star.
*Gambar utama ialah gambar hiasan