Trak tunda percuma untuk perantau Kelantan pulang beraya

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Sekumpulan anak muda dari Skuad Perantau di Kuala Krai menawarkan perkhidmatan trak tunda percuma kepada anak Kelantan di perantauan yang pulang berhari raya di negeri ini.

Perkhidmatan percuma tersebut akan diberikan selama dua hari sehingga ke pagi raya melibatkan sembilan buah trak tunda bermula dari Kuala Krai ke Kota Bharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengerusi Skuad Perantau, Mohd Zafran Yasoa, 43, berkata, idea itu terhasil apabila mereka melihat keperitan anak-anak perantau yang ingin pulang beraya.

"Awal tahun ini selain persiapan hari raya, kita juga perlu menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

"Kami cuba ringankan beban mereka dengan menawarkan trak tunda percuma jika berlaku kerosakan kenderaan semasa pulang beraya nanti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Guchil, pada Jumaat.

Menurut beliau, kos trak tunda biasanya mencecah RM450 hingga RM500 sekali perkhidmatan.

Ujarnya, jika musim perayaan kos tersebut boleh mencecah sehingga RM900 kerana faktor kesesakan lalu lintas.

Mohd Zafran yang dikenali sebagai Zeck Zoro, sebelum ini pada 2019 beliau pernah berbuat demikian secara individu.

Tambahnya, kali ini beliau bersama rakan-rakan trak tunda yang berusia 20 hingga 45 tahun bergabung untuk melakukan kerja amal tersebut.

"Hasrat kami ialah untuk memastikan perantau selamat sampai ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan hari raya bersama keluarga.

"Khidmat percuma ini akan bermula di Sungai Sam sehinggalah ke Kota Bharu," katanya.

Menurut beliau, perantau yang inginkan pertolongan bagi kawasan Kuala Krai boleh menghubungi talian 013-4885886 (Zeck Zoro), 011-25665228 (AF Towing), 011-12730366 (Pok Chek), 013-9060779 (Anak Pehi), 013-7073785 (Jembal Dua).

Ujarnya, bagi kawasan Machang boleh menghubungi 019-9379957 (Abe Yie Labok) dan Kota Bharu, 011-11009542 (Uda).

- syabas, tahniah dan terima kasih kerana sudi membantu mereka yang ditimpa dugaan -

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan imej yang dimuatnaik menerusi laman media sosial Reddit r/RealTesla, sebuah Tesla Semi…
Berita Global
Trak tunda flatbed yang digelar sebagai Sprinter Petronas Edition ini menampilkan liveri yang…
Informasi
  Pengusahanya, Mohamad Rozaki Awang Teh berkata, kejadian yang berlaku antara jam 7 sehingga 8.30…