Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan dipasang dengan komponen bermasalah itu dikenal pasti berada di Malaysia.
CAM bagaimanapun mengambil langkah berjaga-jaga dan memanggil semula 600 unit Omoda 5 melalui kempen servis khusus untuk memeriksa unit-unit yang dipasang dengan gandar-gandar yang dihasilkan antara 14 ke 17 Ogos 2023.
CAM juga menyediakan satu laman web untuk membenarkan pemilik Chery Omoda 5 memeriksa samada kenderaan mereka terbabit atau tidak.
Apa yang diperlukan ialah pemilik memasukan nombor casis kenderaan mereka (VIN) ke dalam laman web di bawah.
https://www.chery.my/chery-product-update
Sehingga semalam, CAM juga sudah berjaya menghubungi 32 dari 60 pemilik yang benar-benar terlibat.
CAM akan mengumumkan peringatan kempen itu setiap minggu dengan berkongsi jumlah kenderaan yang sudah diganti dengan komponen yang terbabit.
Untuk informasi lanjut, hubungi Chery Malaysia Customer Careline di +603 - 2771 7070 (Isnin - Jumaat, 8.30am - 5.30pm)