JPJ keluarkan reka bentuk VOC baharu

oleh Firdaus Razani|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan reka bentuk baharu Sijil Pemilikan Kenderaan atau Vehicle Ownership Certificate (VOC) mulai tahun 2024.
AION MREC Banner Campaign May 2024

VOC mula diperkenalkan pada 2016 oleh JPJ bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan atau Registeration Card (RC).

 

jpj

 

Selain reka bentuk baharu, pembaharuan yang dilakukan adalah, ia dilengkapi dengan watermark logo JPJ untuk meningkatkan ciri keselamatan bagi mengelak kes pemalsuan maklumat.

Bagi VOC yang sedia ada ketika ini, JPJ memaklumkan bahawa ia masih boleh digunakan dan tidak perlu ditukar.

Sebagai info tambahan, VOC dilaksanakan untuk membantu JPJ dalam sistem rekod mereka melalui atas talian dengan lebih mudah dan pantas.

Selain itu, VOC akan menghalang kegiatan sindiket klon geran kereta kerana semua maklumat hanya akan terdapat di dalam talian sahaja.

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kalau kita tengok tadi, ada sebuah kenderaan Honda City yang ditahan, hasil siasatan mendapati dia…
Berita Domestik
"Dalam pemeriksaan di Taman Arowana, JPJ menyita sebuah lori dipandu lelaki Pakistan malah dia…
Informasi
"Bidaan akan diadakan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid bermula hari ini dan…