Pusat 3S terbaharu ini akan diuruskan oleh BYD Sing Kwung Motors, kemudahan baharu ini bertujuan menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan kepada pelanggan BYD di negeri itu.
Dengan kedudukan strategik di Melaka, bilik pameran baharu ini akan memenuhi permintaan bagi kenderaan elektrik BYD dan menyokong kumpulan pelanggan BYD yang sedia ada di kawasan ini.
Pengarah Urusan BYD Sing Kwung Motors, Ng Sin Yean, berkata “Pusat 3S yang baru dibuka akan menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk rundingan jualan, pandu uji kenderaan, dan perkhidmatan lepas jualan.
“Pelanggan boleh meneroka model-model terbaharu kenderaan elektrik BYD yang terkenal dari segi kecanggihan teknologi, keunggulan prestasi dan kelebihan ciri-ciri mesra alamnya,” katanya.
BYD Sing Kwung bersedia untuk mendukung reputasi BYD yang menjanjikan kecemerlangan perkhidmatan pelanggan, memastikan pengalaman yang memuaskan pemilik BYD sedia ada dan juga bakal pelanggan.
Pasukan pengedar yang terdiri daripada profesional terlatih bersedia untuk membantu pelanggan memenuhi keperluan automotif, memberikan perkhidmatan sokongan yang tiada tandingan.
Dengan pembukaan pusat 3S baharu ini, BYD menekankan komitmen kepada pengangkutan lestari dan inovasi di Melaka.
Menjelang akhir 2024, BYD mensasarkan 30 pengedar rangkaian di negara akan beroperasi dan syarikat berharap untuk terus mengukuhkan kedudukan di rantau ini.