Menurutnya, operasi dijalankan sekitar Jalan Tun Sambathan, Jalan Sri Hartamas, Jalan Beremi, Jalan Tengkat Tong Shin, Jalan Alor dan Jalan Raja Alang yang dikenal pasti lokasi tumpuan aktiviti menjaga dan mengutip wang parkir di kawasan awam.
"Operasi khas dijalankan bermula jam 12.30 tengah hari hingga 9.30 malam menahan tiga lelaki warga tempatan dan lima warga asing terdiri tiga warga India serta seorang Bangladesh dan seorang warga Myanmar.
"Kesemua mereka yang dibawa ke Jabatan Penguatkuasaan untuk tindakan lanjut dan proses dokumentasi (pendakawaan mahkamah/kertas siasatan).
"Pada Jumaat Mahkamah Majistret DBKL menjatuhkan hukuman penjara 30 hari kepada seorang individu, empat lagi dikenakan penjara 14 hari manakala tiga yang lain didenda," menurut kenyataan itu pada Jumaat.
Katanya, tindakan penguatkuasaan dibuat melalui peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 50(3), Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tambahnya, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari dari masa ke semasa di lokasi tumpuan.
Ujarnya, sebarang aduan atau maklumat, orang awam boleh menyalurkan melalui portal ADU@KL di laman sesawang https://adukl.dbkl.gov.my.
- Hukuman terlalu ringan sudah tentu akan ulang kembali kegiatan sebagai ulat parkir -