Semasa kejadian, Kapten Bas bertindak pantas untuk memberhentikan bas dan menurunkan penumpang sebagai langkah keselamatan apabila terlihat asap dari bahagian belakang bas.
Ketika kejadian, terdapat tujuh orang penumpang di dalam bas.
Pihak bomba telah dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 8.16 pagi. Kebakaran telah dipadamkan sepenuhnya oleh pihak bomba dan kenderaan membawa balik (kembalik) juga telah dihubungi untuk menunda bas terbabit.
Penumpang dan Kapten Bas tidak mengalami sebarang kecederaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Pihak Rapid Bus memohon maaf kepada penumpang yang terjejas akibat kejadian ini dan akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak bomba dan polis bagi menjalankan siasatan sepenuhnya.