Hanya 55 peratus bas Rapid yang masih beroperasi - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Daripada 1,757 unit bas yang dimiliki oleh Rapid Bus, hanya 900 buah sahaja yang masih lagi aktif beroperasi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna, hanya 55 peratus bas Rapid yang masih lagi aktif manakala selebihnya terdiri daripada bas yang sudah berusia melebihi 10 tahun yang memerlukan pembaikan dan penyelenggaraan.

Jawapan mengejutkan itu didedahkan sendiri oleh Kementerian Pengangkutan sebagai balasan kepada soalan yang dikemukakan oleh Wong Shu Qi (PH-Kluang) berhubung jumlah bas henti-henti milik Prasarana Malaysia Berhad, serta jumlah bas yang tidak beroperasi sepenuhnya di Lembah Klang.

Selain itu, jumlah bas di dalam pembaikan berbanding jumlah bas yang boleh digunakan adalah berubah-ubah mengikut jenis pembaikan yang dilaksanakan terhadap sesuatu bas.

Pihak Kementerian turut mendedahkan faktor kekurangan kapten bas merupakan sebab utama kenapa pengoperasian bas tidak dapat dioptimumkan.

Ini kerana, mengikut rekod terdapat 867 kekosongan kapten bas yang perlu diisi sehingga hujung tahun 2023.

Pihak Rapid Bus juga sedang giat menjalakan proses pencarian dan pengambilan baharu, serta melaksanakan penambahbaikan faedah kakitangan seperti kenaikan elaun dan gred.

Menerusi inisiatif 'Fleet Replacement and Electrification Program', Rapid Bus juga sedang dalam usaha untuk menggantikan bas-bas yang sudah lanjut usia kepada bas elektrik dan bas diesel baharu yang dijangka akan bermula pada tahun hadapan (2024).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori dan sembilan kereta. "…
Berita Global
Bas Elec City Town sepanjang 9 meter itu mempunyai jarak gerak 220 km dan harganya di Korea Utara…
Informasi
Berhubung isu pelancong dari luar negara yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL…