Walaubagaimanapun, MOT akan sentiasa menyemak dan menambah baik kaedah-kaedah berkaitan pengangkutan jalan dari masa ke semasa bagi memastikan keselamatan jalan raya yang tinggi.
Tambahan itu, MOT turut akan menyemak secara berterusan syarat permohonan lesen B penuh melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).
Hal ini kerana, untuk memastikan pemegang lesen mempunyai kemahiran pengendalian kenderaan di dalam sesuatu kelas lesen berkaitan keselamatan semua pengguna jalan raya umumnya.
Ia berikutan persoalan daripada Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin dalam Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini, yang menyatakan adakah kementerian bercadang untuk menambah syarat dalam permohonan lesen B penuh.
Tambahan beliau, ia adalah untuk memastikan permohon mampu untuk menunggang dan mengendali motosikal berkuasa tinggi demi keselamatan semua pengguna jalan raya.