Antara tawaran menarik sempena kempen itu ialah kadar faedah rendah bermula dari 1.15 peratus dan penawaran smartCharge Home Charger percuma yang bernilai RM3,200 bersama jaminan selama dua tahun.
Selain itu juga, pembeli smart#1 berpeluang untuk menikmati kredit pengecasan bernilai RM3,888 melalui aplikasi Hello smart App, khusus untuk pembelian sehingga 29 Februari ini melalui bank-bank terpilih.
Sepanjang tempoh tawaran itu juga, pelanggan yang mengunjungi cawangan pengedar smart dapat menikmati pelbagai aktiviti perayaan yang disediakan untuk seisi keluarga.
Antara aktiviti menarik yang ditawarkan ialah tradisi tarian singa, letupan mercun, sesi seni kaligrafi Cina, cabutan bertuah, mencuba kreativiti dengan kalendar D.I.Y, serta mengikuti bengkel seni kanak-kanak.
Berfungsi sebagai kemudahan komuniti smart, pelanggan juga berpeluang untuk memandu uji model smart#1, di samping memanfaatkan pengecas AC dan DC berkuasa tinggi.
Kunjungi bilik pameran smart mengikut tarikh dan lokasi di bawah: