smart #1 telah mengukuhkan kedudukannya di kedudukan ke-3 dalam kategori SUV EV untuk harga kereta melebihi RM180k menjadi salah satu EV premium yang paling digemari di Malaysia.

Pasaran EV Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan jumlah jualan EV melonjak daripada 3,079 unit pada 2022 kepada 11,624 unit pada 2023.
Ia disertai dengan peningkatan ketara dalam bahagian pasaran, meningkat dari 0.43 peratus kepada 1.45 peratus.
Dengan latar belakang elektrifikasi yang pesat dan peralihan pilihan pengguna, smart telah muncul sebagai peneraju utama.
Jenama ini telah menawan hati dan minda pengguna Malaysia dengan komitmennya terhadap inovasi dan keutamaan pelanggan.
Sejak pelancaran, kejayaan smart #1 di Malaysia buktikan potensi luar biasa dalam segmen SUV EV premium, dengan 100 kenderaan elektrik dijual dalam tempoh satu bulan, sekali gus mencatat rekod jualan baharu.
smart #1 telah menunjukkan daya tariknya kepada pengguna yang mencari prestasi dan kecekapan dalam perjalanan bandar mereka.
Ia secara konsisten berada di kedudukan antara pesaing utama dalam segmen SUV premium EV, dengan varian seperti model BRABUS mendapat pujian atas prestasi luar biasa mereka.

Di sebalik pencapaian smart terdapat pelbagai gabungan faktor, termasuk DNA jenama premiumnya yang diwarisi daripada Mercedes-Benz.
Ia turut menawarkan pengalaman menarik seperti akses ke lokasi pengecasan 70% dalam satu aplikasi, dan ciri ADAS yang terkenal, serta tumpuan tanpa henti untuk meningkatkan infrastruktur pengecasan di seluruh negara.
Komitmen smart Malaysia untuk memberikan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan terus meningkatkan kejayaan smart #1.
Dari aplikasi Hello smart yang inovatif hingga kepada penyelesaian pengecasan yang komprehensif dan penawaran perkhidmatan yang lancar.
smart Malaysia turut memastikan setiap aspek perjalanan pemilikan EV dioptimumkan untuk kemudahan dan kepuasan pemilik smart.
Tambahan pula, kerjasama smart Malaysia dengan pihak berkepentingan utama dan pengembangan rangkaian pengedar daripada 10 kepada 13 lokasi, termasuk penubuhan hab berpusatkan komuniti.