Untuk makluman, unit terakhir yang keluar dari barisan produksi merupakan sebuah NSX Type S, dengan angka produksi dihadkan kepada 350 unit sahaja.
Namun tahukah anda, Acura masih lagi mampu menjual NSX baharu walaupun produksi sudah lama berhenti?
Sepanjang tahun 2023 Acura telah menjual sehingga lima unit NSX yang masih lagi tersisa di pusat pengedar, tiga daripadanya pada bulan Januari manakala satu unit masing-masing pada bulan Februari dan Mac.
Laman Motor1 melaporkan masih lagi terdapat beberapa unit NSX yang belum terjual di pasaran Amerika Syarikat.
Seperti contoh, sebuah pengedar di Florida masih lagi mempunyai sebuah NSX Type S berwarna Thermal Orange Pearl berharga $349,000 (RM1.62 juta), di mana harga tersebut jauh lebih mahal berbanding harga jualan yang dicadangkan ($169,500 atau RM787k).
Adakah NSX bakal dihidupkan semula sebagai sebuah model kenderaan elektrik?
Pada Ogos yang lepas, Acura memperlihatkan sebuah model konsep masa depan Performance Electric Vision Concept, membawakan rekaan luaran yang diinspirasikan daripada jentera lumba endurans.
Tiada sebarang perincian berhubung spesifikasi yang bakal ditawarkan, dan kehadiran model ini bukanlah satu petanda tentang kemungkinan NSX akan dihidupkan semula kelak.