Bagi mereka yang mahukan sebuah Lamborghini pada harga kos yang jauh lebih murah, replika merupakan jalan penyelesaiannya, seperti yang dipertunjukkan oleh unit 'Diablo GT' ini.
Nampak seperti unit sebenar, namun 'Diablo GT' ini sebenarnya memiliki nama sebenar dalam sijil kelahiran sebagai Acura NSX.
Proses transformasi yang dilakukan bukan sahaja sangat baik, malah ia juga turut menampilkan pintu gunting ikonik daripada jentera rare itu.
Ilusi yang ditampilkan pada bahagian luar sayang sekali tidak diteruskan pada ruang kabin.
Ini kerana anda masih lagi boleh melihat rekaan asal papan pemuka serta unit enjin V6 asal 270 hp daripada Acura NSX.
Sebagai info, unit Diablo GT asal yang hanya dihasilkan sebanyak 80 unit itu didatangkan dengan enjin V12 6.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 575 hp.
Jika berminat, unit ini sebenarnya boleh dibeli menerusi eBay dengan harga bermula dari $175,000.
Menurut penjual, unit ini sebenarnya merupakan satu pembelian yang sangat berbaloi, melihatkan kepada alat ganti NSX yang sebenarnya jauh lebih murah berbanding model asal Diablo.
Sumber: eBay