Difahamkan, terdapat sehingga empat model pameran yang akan dibawakan di dewan Makuhari Messe pada 12-14 Januari ini.
Salah satu daripadanya ialah model SUV off-road klasik moden yang kian dan masih lagi popular, iaitu Toyota Land Cruiser 70 Series, diikuti Land Cruiser 300 Series, dan kei car Delica Mini.
Sebuah lagi model akan turut membuat kemunculan di reruai JAOS, besar kemungkinan ia adalah sebuah Land Cruiser Prado generasi terbaharu.
Berdasarkan gambar lakaran teaser yang dibekalkan, terdapat pelbagai jenis aksesori yang bakal ditawarkan oleh JAOS kelak, termasuklah pilihan rim, besi pelindung, serta rak bumbung dengan integrasi lampu limpah.
Sama seperti penawaran terdahulu, JAOS juga mungkin akan menawarkan naik taraf sistem gantungan bagi memastikan kesemua kenderaan off-road ini mampu menawan apa jua bentuk muka bumi yang bersesuaian.