Berbanding model standard, Levorg Layback 2024 telah diberikan elemen rekaan crossover termasuklah pemasangan plastik pelindung pada bahagian badan, serta jarak kelegaan tanah yang bertambah sebanyak 55 mm kepada 200 mm.
Ukuran dimensi Levorg Layback adalah sepanjang 4,770 mm (+15 mm), lebar 1,820 mm (+25 mm) dan tinggi 1,570 mm (+70 mm), sementara kapasiti kargo pula adalah sebesar 561 liter.
Keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar semua musim bersaiz 225/55 R18.
Subaru Levorg Layback 2024 dijana dengan enjin boxer 1.8 liter turbo yang mampu menghasilkan 174 hp dan 300 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT Lineartronic dan sistem pacuan semua roda Subaru Symmetrical AWD.
Untuk pasaran Jepun, Subaru mendatangkan sistem keselamatan EyeSight sebagai ciri standard untuk semua varian, selain daripada tetapan sistem audio Harman Kardon, skrin infohibur 11.6 inci, skrin kluster digital 12.3 inci serta sokongan sambungan kepada peranti pintar untuk kawalan fungsi jarak jauh.
Setakat ini, harga jualan masih lagi belum diumumkan oleh Subaru Jepun.