Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata suspek merupakan peniaga makanan berusia 41 tahun dan menetap di Kajang.
Menurutnya, suspek dikatakan dalam perjalanan dari Ampang untuk pulang ke Kajang, namun membuat keputusan untuk memasuki jejambat Lebuhraya SUKE dengan melawan arus setelah mendapati beliau sesat jalan.
Dalam kejadian yang berlaku beberapa hari lepas, motosikal yang ditunggang suspek bergeser dengan motosikal mangsa, menyebabkan suspek juga terjauh dari motosikalnya.
"Suspek hanya mengetahui kes berlaku setelah menonton berita di televisyen dan hebahan di media sosial," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Selain itu, suspek turut membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut.
Tiada sebarang tangkapan dibuat memandangkan keadaan suspek yang mengalami cedera patah di bahagian bahu kanan, patah jari kelingking, luka di bahu kiri dan kaki kanan.
Namun, pihak polis telah merampas sebuah motosikal jenis Yamaha serta beberapa barangan kes lain.
Sumber: Astro Awani