Motul selaku pelincir rasmi bagi pasukan Nissan, membuktikan kebolehpercayaan dan prestasi yang diberikan oleh rangkaian produk sukan permotoran terkemuka mereka.
Ia dibuktikan melalui perlumbaan pembukaan setelah 2 buah jentera Nissan Z GT500 yang diberi warna Motul menduduki 2 tempat teratas podium.
Pemandu #23 MOTUL AUTECH Z Tsugio Matsuda dan Ronnie Quintarelli berjaya meraih kemenangan manakala pemandu #3 Niterra MOTUL Z dipandu oleh Katsumasa Chiyo dan Mitsunori Takaboshi menduduki tempat kedua, hanya 1.496 saat di belakang pemenang.
Kejayaan tersebut adalah gambaran jelas perkongsian setia antara NISMO dan Motul yang telah berlangsung selama dua dekad dalam sukan permotoran.
Sepanjang perkongsian tersebut, Motul telah bekerja rapat dengan pasukan perlumbaan, untuk mereka bentuk dan merumus pelincir khas untuk jentera berkuasa NISMO yang stabil seperti Nissan Z GT500.
Di Okayama, kelebihan 300V Motul, Minyak Perlumbaan Transmisi Gear dan Bendalir Brek Lumba dipamerkan sepenuhnya, membolehkan pasukan itu beraksi pada tahap terbaik mereka.
Tambahan pula, ujian ketat terhadap pelincir dan cecair ini melengkapkan Motul dengan data dan pandangan yang tidak ternilai, yang akhirnya membentuk produk untuk pengguna harian di seluruh Asia dan dunia.
Pusingan kedua AUTOBACS SUPER GT akan berlangsung di Fuji Speedway pada 3 hingga 4 Mei 2023.