Recall: JPJ adakan panggilan semula umum untuk semua jenama di Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Recall atau panggilan semula merupakan terma yang digunakan oleh syarikat pengeluar kereta dalam industri automotif apabila terdapat sebarang isu atau kerosakan terhadap kereta sama ada pada komponen atau sistem yang mendatangkan risiko keselamatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terma recall ini bukanlah satu perkara baharu, dimana ianya telah wujud lama dalam industri automotif seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Berdasarkan kepada punca kuasa Seksyen 66 (1)(pp) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di Malaysia, panggilan semula yang dilaksanakan oleh pengeluar kenderaan perlu di maklumkan secara bertulis kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pihak JPJ akan merekodkan dan memantau perkembangan setiap aktiviti tersebut sehingga kesemua unit bagi model kenderaan yang terlibat dalam kempen panggilan semula itu selesai diperbaiki.

Kebiasaannya bagi kempen panggilan semula, pengeluar kereta akan menghebahkan perkara tersebut melalui media massa seperti laman web, laman sosial dan surat khabar.

Ia juga boleh dilakukan dengan menghubungi sendiri pemilik kenderaan yang terlibat melalui panggilan telefon, mesej pesanan ringkas (sms), surat panggilan rasmi dan sebagainya.

Pemilik dengan model kereta yang terlibat dalam kempen recall seharusnya peka terhadap hebahan yang dibuat bagi menjamin keselamatan mereka dan orang lain.

Ada juga pemilik dengan model terlibat enggan untuk ke pengedar masing-masing kerana risau terhadap cas yang akan dikenankan, untuk pengetahuan, kebanyakan kerja pembaikan dan penggantian komponen adalah percuma.

Bagaimanapun, ada juga pemilik dengan model yang terjejas tidak sedar terhadap kempen panggilan semula dilakukan di Malaysia.

Bagi mengatasi perkara itu, pihak JPJ baru-baru ini telah membantu untuk menghebahkan mengenai kempen panggilan semula yang melibatkan semua jenama di Malaysia melalui laman web dan akaun Facebook rasminya.

Sebagai permulaan, JPJ telah mengeluarkan senarai model terlibat dengan panggilan semula melibatkan jenama Mercedes-Benz, Audi, Perodua dan model motosikal dari jenama Suzuki serta Honda.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Syarikat itu berkata ia adalah sebahagian daripada inisiatif swasta bertujuan meningkatkan nilai…
Berita Domestik
Ia berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan…
Berita Domestik
(Baca disini mengenai IDP tidak boleh digunakan di luar negara) Baru-baru ini, JPJ melalui laman…