Ia berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan secara dalam talian yang ditawarkan kepada orang awam secara percuma.
JPJ memaklumkan dan menegaskan bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mahupun JPJ tidak pernah memberikan kelulusan kepada pihak BJAK untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan.
Pihak JPJ juga memaklumkan bahawa terdapat kenyataan yang telah dipaparkan oleh pihak BJAK melalui laman sesawang mereka iaitu "Pembaharuan roadtax secara dalam talian di BJAK telah diaudit, disah dan diluluskan oleh JPJ”.
Perkara tersebut adalah tidak benar dan mengelirukan orang awam.
JPJ menggalakkan urus niaga memperbaharui cukai jalan adalah melalui kaunter JPJ, kios JPJ, kaunter bergerak JPJ Mobile, Aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ dan platform rakan niaga JPJ (Pos Malaysia, MyEG dan PUSPAKOM) sahaja.
kredit cover foto : World of Buzz