Pelanjutan itu selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan dalam usaha melestarikan industri teksi dan e-hailing ke arah menambahbaik sistem pengangkutan negara.
Menurut APAD, pelanjutan had usia itu akan diguna pakai bagi kedua-dua kelas teksi dan e-hailing di Semenanjung Malaysia, dan e-hailing di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang mencapai had usia maksimum bermula 1 Januari tahun ini.
Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi ialah:
- Pelanjutan terpakai bagi kenderaan dalam kelas lesen teksi dan e-hailing yang telah mencapai had usia maksimum dalam tempoh bermula 1 Januari 2023
- Semua kenderaan yang akan diberi kelulusan tersebut mematuhi dan melepasi semua syarat pemeriksaan berkala wajib PUSPAKOM
- Mematuhi syarat operasi lain yang ditetapkan bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan, keselesaan pengguna dan imej industri itu terjamin.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai syarat pelanjutan had usia itu, sila layari laman sesawang APAD atau hadir terus ke pejabat APAD yang berhampiran.
Manakala bagi permohonan di Sabah, Sarawak dan Persekutuan Labuan, anda boleh berhubung terus dengan pihak Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak.