Nahas 6 sekeluarga maut - APAD batalkan lesen pengendali syarikat lori

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Berikutan nahas enam beranak maut dalam kemalangan di kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan pada 1 September lepas, APAD melalui Jawatan Kuasa Pembatalan dan Penggantungan Lesen (JPPL) telah membatalkan lesen pengendali syarikat lori yang menjadi punca kemalangan.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Menurut kenyataan APAD, Kementerian Pengangkutan tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya yang melibatkan kemalangan dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

 

2

 

Hasil siasatan APAD mendapati Syarikat Sepadu Ikhlas Sdn Bhd tidak mematuhi keperluan syarat berkanun lesen yang ditetapkan, sekaligus tindakan pembatalan lesen pengendali syarikat itu akan berkuatkuasa serta merta.

Tindakan ke atas Syarikat Sepadu Ikhlas Sdn Bhd ini dibuat atas beberapa kesalahan iaitu:

  • Pemanduan secara berbahaya
  • Gagal patuhi syarat keselamatan di bawah Pemeriksaan dan Audit JPJ
  • LKM lori tamat tempoh
  • Rekod saman lampau yang tinggi

 

3

 

Diharapkan pihak-pihak berkuasa akan terus memainkan peranan bagi meneruskan usaha untuk membendung isu melibatkan kenderaan pengangkutan awam, terutamanya lori dan kenderaan berat lain.

Pihak syarikat pengendali lain juga ditegaskan untuk sentiasa memastikan agar kenderaan yang digunakan sentiasa diselenggara dan diperiksa secara berkala bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kereta Toyota Vios dipandu rakan mangsa itu dipercayai mengelak sebuah kereta yang tidak dikenal…
Berita Global
Menurut BBC pada bulan Mac lepas, mereka telah memutuskan untuk menghentikan produksi rancangan…
Berita Domestik
Katanya, menurut siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak…