"Anggota bomba tiba di lokasi kejadian pada 10.39 malam dan mendapati bahagian kepala kereta api tersebut sedang terbakar.
"Api berjaya dikawal pada 11 malam," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata kejadian telah menyebabkan pemandu kereta api Ekspres Rakyat Timuran itu cedera dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan.
"Semua penumpang kereta api tersebut selamat. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.