Laluan pejalan kaki berpagar hubung ICQS, Stesen Kereta Api Padang Besar akan dibina

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Facebook SUK Perlis
Kerajaan menerusi Perbadanan Aset Keretapi (RAC) akan membina laluan pejalan kaki berpagar sementara bagi menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar dengan Stesen Kereta Api Padang Besar.


Ini berikutan jejantas sedia ada ditutup sejak September 2020 atas faktor keselamatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan telah bersetuju dengan pembukaan laluan itu bagi memudahkan orang ramai khususnya pengembara.

 

“RAC kini dalam proses akhir memilih kontraktor yang layak bagi projek yang dianggarkan bernilai RM300,000 itu dan projek tersebut dijangka mampu disiapkan dalam masa empat bulan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks ICQS Padang Besar pada Sabtu.

 

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengarah Jabatan Imigresen Perlis Khairul Amin Taib.

 

Beliau berkata Padang Besar merupakan pintu masuk kedua tersibuk di sebelah utara selepas Bukit Kayu Hitam di Kedah dan kemasukan pelancong mula mencecah lebih satu juta orang selepas pandemik COVID-19.

 

Katanya penutupan jejantas itu telah menimbulkan kesukaran kepada pengembara kerana mereka terpaksa menaiki teksi dari Stesen Kereta Api Padang Besar untuk ke pekan Padang Besar.

 

“Kita harap pembinaan laluan pejalan kaki berpagar sementara ini dapat memudahkan orang ramai dan membantu merancakkan semula ekonomi di Padang Besar,” katanya.

 

Saifuddin Nasution berkata projek itu hanya langkah sementara kerana kerajaan akan membina satu jambatan baharu menghubungkan Kompleks ICQS Padang Besar ke Stesen Kereta Api Padang Besar dengan kos tiga juta ringgit.

 

Sementara itu beliau berkata KDN telah membuat pemohonan kepada Kementerian Ekonomi untuk pembangunan infrastruktur di pintu sempadan Wang Kelian, namun belum berhasil.

 

“KDN masih belum membuat keputusan mengenai pembukaan semula laluan bebas di Wang Kelian sebaliknya akan membuat keputusan jika ada pembangunan infrastruktur terlebih dahulu kerana kita mahu kedua-duanya berjalan serentak,” katanya. 

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengerusi Jawatankuasa Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis Izizam Ibrahim berkata pihanya akan…
Berita Domestik
  Katanya, hasil imbasan menggunakan mesin pengimbas dan pemeriksaan rapi menemui 400 unit alat…
Informasi
  Mengenai Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ismail Sabri…