Kompleks ICQS Padang Besar, Durian Burung dibuka untuk kenderaan komersial sahaja

oleh SALINA JALIL|
Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuat keputusan untuk membuka Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Padang Besar, Perlis dan di Durian Burung, Kedah.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, ia akan dibuka bagi kenderaan perdagangan komersial dan kargo sahaja.


“Agensi-agensi yang terlibat telah dimaklumkan mengenai keputusan ini untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam kenyataan semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Mengenai Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ismail Sabri berkata, 39 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) melibatkan tiga direman dan 36 lagi dikompaun.

 

Antara kesalahan ingkar PKPP ialah aktiviti pub atau kelab malam, aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan jarak sosial dan aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

 

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, PDRM telah membuat 67 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 40,527 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

 

Katanya, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus.

 

Dalam pada itu, 456 rakyat Malaysia pulang ke tanah air semalam manakala 161 individu memasuki sempadan negara di Johor dan kesemua mereka telah diperintah menjalani proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing.

 

“PDRM telah membuat 1,006 pemantauan pematuhan SOP kuarantin di rumah dan mendapati kesemua mereka mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.
 

 

 

 

sumber: SH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengerusi Jawatankuasa Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis Izizam Ibrahim berkata pihanya akan…
Berita Domestik
  Katanya, hasil imbasan menggunakan mesin pengimbas dan pemeriksaan rapi menemui 400 unit alat…
Informasi
  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan telah bersetuju…