Program ini dilaksanakan berdasarkan dari cetusan idea Sarifudin Bin Mohd Salleh, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur yang dilihat sebagai salah satu usaha positif dan akan diteruskan dari masa ke semasa.
Sebanyak 55 saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan halangan dalam Op Halangan yang dijalankan sekitar Jalan Petaling pada Rabu.
Operasi ini akan dilakukan setiap hari, terutamanya pada waktu puncak bagi memastikan tiada halangan dilakukan yang menyebabkan kesesakan lalulintas.
Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dengan tidak meletak kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menghalang lalulintas. Pihak JSPT KL tidak akan berkompromi dengan sikap pemandu yang mengabaikan peraturan jalan raya.